Sunday, September 13, 2015

30 wasiat imam syafi'i

Assalamualaikum

Disini sy senaraikan kesemua2 wasiat imam syafi'i yg sy peroleh melalui buku yg bertajuk 30 wasiat imam syafi'i karangan Khairul Ghazali. Harap ke semua tulisan ini mampu menyuntik cinta akan agama kita seerta memberi kesedaran kepada kita. Sblm ni sy smpaikan secara satu persatu dlm bentuk mesej ringkas, jd ini adalah himpunan 30 wasiat. Jadi kepada mereka yg request nk sumua wasiat atau termiss tu boleh dpt dr sini. Harap bermanfaat. 😊

#1
"Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjaga kamu dan membuatkan kamu cemerlang di dunia dan akhirat, di samping ia menjadi amalan para nabi, rasul, dan orang-orang soleh."

#2
"Pilih makanan yang halal kerana ini menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan berasa gerun."

#3
"1. Perbanyakkan menyebut Allah s.w.t. daripada menyebut makhluk.
2. Perbanyak menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.
3. Perbanyak menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.
4. Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.
5. Jangan menyebut-nyebut dan menampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain."

#4
"Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Manakala bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah s.w.t. Oleh itu, syukuri ia kerana syukur yang sedemikian adalah setinggi-tinggi erti syukur."

#5
"Apabila seseorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, ringankan langkah bagi menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai oleh Allah s.w.t."

#6
"Marah adalah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindari marah supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya."

#7
"Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah s.a.w. juga tergolong sebagai anak yatim dan Baginda akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak yatim di akhirat."

#8
"Berbuat baik dan tunjukkan baktimu kepada ibu bapamu tanpa mengenal letih dan lelah, sama seperti mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ini akan menambahkan keberkatan pada umurmu, menambah rezeki, dan keampunan atas dosa-dosamu."

#9
"Lakukan sebanyak-banyaknya amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang Mukmin dan pelindung daripada serangan iblis."

#10
"Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat. Ia juga memberi kejayaan dan kemenangan."

#11
"Iman mempunyai benteng bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu, bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara, iaitu yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah beramal, bertatasusila ataupun berdisiplin dalam mengerjakan ibadah."

#12
"Ingat dan zikir kepada Allah s.w.t. sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah."

#13
"Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam. Khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah s.w.t."

#14
"Kubur adalah sebuah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkan jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada Al- Haq yang tidak berbelah bahagi."

#15
"Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah s.w.t. sekurang-kurangnya, dengan mengucapkan, 'auzu billahi minasy syaithanirrajim'. Jikalau serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat, kita mesti bersabar dan menyedari bahawa Allah Taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenanbjihad kita. Ketahui bahawa perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil."

#16
"Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain, sedangkan keburukan itu terdapat dalam diri kamu sendiri."

#17
"Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu, lurus dan betulkan hati supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai dengan iringan-iringanbpasukan kebatilan."

#18
"Ketahuilah bahawa istighfar yang diucapkan dengan betul mampu menyebabkan syaitan lari ketakutan dan menggoncangkan empayar iblis di istana kerajaannya."

#19
"Ketahuilah bahawa sebesar-besar kesenangan di dunia dan di akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya, pasti Allah s.w.t. meninggikan darjatnya di sisi manusia."

#20
"Bertafakur sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari seperti Saidina Umar bin Al-Khattab r.a. meyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari."


#21
"Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ilmu akan menjaga kamu dan membuat kamu cemerlang di duniabdan akhirat, disampaung ia menjadi amalan para nabi, rasul, dan orang-orang soleh."

#22
"Sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan 10 perkara berikut:
1) hak diri
2) hak malaikat maut
3) hak kubur
4) hak munkar nakir
5) hak mizan
6) hak sirat
7) hak malik
8) hak ridhwan
9) hak Rasulullah s.a.w.
10) hak Allah s.w.t."

#23
"Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah."

#24
"Sesiapa yang menjalin dan menghidupkan ukhuwah, maka dia akan memperoleh 10 keutamaan, iaitu:
1) Mendapat keredhaan Allah s.w.t.
2) Menggembirakan para malaikat
3) Menambahkan pahala amal
4) Rasa kasih sayang dalam pergaulan seharian
5) Menimbulkan keberkatan dalam rezeki
6) Allah s.w.t. dapat melanjutkan usianya
7)Menjadikan iblis dan syaitan sakit hati
8) Disegani dan dihormati masyarakat
9) Menggembirakan jenazah
10) Mencetuskan kegembiraan kepada kedua-dua belah pihak"

#25
"Allah s.w.t. menjanjikan kapada orang-orang beriman bahawa mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah s.w.t."

#26
"Allah s.w.t. menjanjikan kepada orang-orang beriman bahawa mereka akan mendapat pertolongan allah s.w.t seperti dalam surah Ar-Rum, ayat 47 yang bermaksud, '... Dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang yang beriman.'. "

#27
"Allah s.w.t. menjanjikan kepada orang-orang beriman bahawa mereka akan mendapat pembelaan daripada Allah s.w.t. Ini seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Haj, ayat 38 yang bermaksud, 'sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman...'. "

#28
"Allah s.w.t. menjanjikan kepada orang-orang beriman dan bertakwa bahawa Allah akan menaiktaraf darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah s.w.t. selagi memenuhi syarat-syarat seperti dalam ayat 257 surah Al-Baqarah yang bermaksud, 'Allah pelindung kepada orang beriman.'. "

#29
"Allah s.w.t. menjanjikan kepada orang-orang beriman bahawa akan memberi petunjuk dan jalan lurus seperti ayat 54 dalam surah Al-Haj yang bermaksud, '... Dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang yang beriman ke jalan yang lurus.'. "

#30
"Allah s.w.t menjanjikan kepada orang-orang yang beriman bahawa mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah s.w.t. Allah s.w.t. menyatakan dalam surah Al-A'raf, ayat 96 yang bermaksud, 'Dan sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertakwa, tentu kami bukakan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka azab seksa disebabkan apa yang mereka usahakan.'. "

Friday, November 28, 2014

MENCARUT itu perkara 'biasa'??

Assalamualaikum w.b.t

Suka saya mulakan penulisan saya dengan sedikit kata2 dari pemimpin umat islam yang amat kita rindui yakni rasul kita Nabi Muhammad S.A.W. yang bersabda

“Jauhilah olehmu semua kata-kata kotor sebab Allah tidak suka kepada kata kotor atau yang menyebabkan timbulnya kata kotor daripada orang lain.”
Berdasarkan sabda baginda ini saja saya yakin kita sudah tahu apa agaknya perkara yang hendak saya bangkitkan yakni kata kotor atau 'mencarut'. apa itu mencarut??

mencarut ialah perbuatan maki hamun atau pengeluaran kata2 kesat yang umumnya tidak membawa faedah, bazir masa & menjejaskan mentaliti pengamalnya. mencarut juga mengurangkan rasa hormat pada diri seseorang. orang akan memandang pengamal mencarut ini sebagai orang yang kurang ajar atau tidak matang.

saya bukan lah hendak mengajar apa itu mencarut semata, saya ingin mengatakan rasa kecewa saya pada segelintir masyarakat islam di negara kita ini yang mengambil mudah/ringan bab mencarut ini, malah ada yang mengkategorikan mencarut ini kepada beberapa bahagian seperti 'da tapis' , 'ringan2' dan 'mencarut berat'. apa ni?? bila dikatakan mencarut, sudah pasti kata2 itu adalah 'kata kotor' yg tidak seharusnya kita ungkap..tiada perbezaan..

apa yang lebih mengecewakan saya ialah pihak yang mencarut ini apabila ditegur dia akan melenting bahkan ada yang mengatakan 'maruah jatuh'. saudara,,, sedarlah,, yang jatuhkan maruah itu ialah saudara sendiri. sudahlah mencarut malah dinasihatkan pun melenting. matangkah kita?? ada juga sekumpulan manusia islam yang apabila ditegur katanya dia akan melenting kembali dengan kata yang lebih kesat dari sebelumnya.

'lek r, aq biase j ckp carut2 gn kwn aq'

janganlah biasakan mencarut... jangan la berkata dengan kata2 kesat.. itu bukan budaya islam.. nabi tidak ajar semua itu.. apa yang diajarkan nabi? zikrullah.. kata2 yang baik untuk dituturkan.. kenapa kita tidak ikut cara nabi.. kenapa kita mesti lebih banyakkan penggunaan kata2 kesat itu berbanding kata2 hikmah, zikrullah dan kata2 yang sedap didengari? kenapa?

sebab trend? orang barat mencarut kita mencarut? eh, islam dibarat minoriti tp still berdakwah. kenapa tak nak ikut? sebab macam stail? mencarut dengan gaya (bole bayangkan tak?). x bergaya boh,, buruk.. sebab dah biasa? bro, kebiasaan itu bermula dengan diri kita sendiri. lau kita cakap baik nanti terbiasalah cakap baik, lau jahat, jahat la jadi kebiasaan. 'benda biasa ni tak semestinya baik. tengok zaman rasulullah, arab jahiliyah sembah berhala, baginya itu benda kebiasaannya, tapi, adakah benda itu baik??' kata sahabat saya yusra hulaimi.. so pilih sendiri la. lg? sebab keadaan? orang sekeliling mencarut kita pun mencarut. dari kecik dengar orang mencarut.. awak.. kita ada akal.. allah ciptakan akal untuk kita berfikir. akal membezakan kita dengan haiwan.. berfikir dengan akal mampu menbezakan mana baik mana buruk.. sebab apa lagi? tak salah mencarut? tak salah? brother,, allah x ckp pn 'berkatalah dengan kata yang kesat' bahkan allah kata;-
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. (al-nahl 125)
 “Bukanlah tergolong daripada orang mukmin yang suka mencela, mengutuk dan mengeji. Dan bukan pula mereka yang berlidah kotor.” (riwayat bukhari)

bukti allah menyeru kebaikan dan rasul larang kita memaki hamun. berfikirlah sejenak..
maaf jika ad kekhilafan..
pray4islam&itsummah